Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Suara UMNO Malaysia [PPM-016-14-18052012]

TUJUAN DAN OBJEKTIF

(1) menjadi penghubung dan saluran 'suara' akar umbi antara ahli UMNO dan juga pemimpin-pemimpin atasan.

(2) membantu UMNO memperkukuhkan agendanya dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi.

(3) menyediakan ruang lebih luas bagi ahli-ahli UMNO untuk bersama-sama dengan pemimpin dalam mencorakkan halatuju UMNO agar lebih menepati aspirasi perjuangan bangsa Melayu.

(4) menyatu dan menyalurkan usaha serta komitmen ahli-ahli untuk menarik lebih ramai golongan profesional,remaja dan belia terutamanya untuk bersama UMNO.

(5) menjadi pusat sehenti bagi ahli-ahli untuk mendapat sebarang info-info yang berkaitan dan menyebarkannya kepada masyarakat.

(6) menjadi penghubung sesama ahli UMNO seluruh negara dari pelbagai peringkat dan latarbelakang.

(7) menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan bersama ahli-ahli.

(8) memastikan kebajikan ahli-ahli terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya.